Pages

Ads 468x60px


Sunday 18 November 2012


Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Kreatif ( MASALAH PEMBELAJARAN )

Komponen : Pendidikan Seni Visual

Komponen Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran,
berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan.

Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus, motor kasar, kemahiran menggambar, mencorak dan membentuk. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk melukis dan menggambar, membuat rekaan dan corak, mereka dan membuat binaan, kraf berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.

Komponen Pendidikan Seni Visual membolehkan murid :
i. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial
ii. mengembangkan bakat dan kreativiti
iii. menghayati keindahan alam dan warisan budaya
iv. menghasilkan karya seni yang kreatif
v. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya

Pelaksanaan Modul Pendidikan Seni Kreatif

Modul Pengajaran Pendidikan Seni Kreatif

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Seni Kreatif bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina perancangan pengajaran yang sesuai mengikut keperluan. Penglibatan murid secara aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif

Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk tujuan latihan, menguji kefahaman dan penguasaan murid tentang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikenal pasti.

0 comments:

Post a Comment