Pages

Ads 468x60px


Saturday 3 November 2012

Pengenalan

Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala Program Pendidikah Khas Intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa, rendah dan menengah, teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berasingan dan separa inklusif.

Pendidikan inklusif adalah satu peluang pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang mempunyai pelbagai jenis kecacatan seperti bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran yang belajar di dalam bilik darjah biasa bersama-sama murid-murid sebaya dengan mereka.

Sistem persekolahan bagi pelajar-pelajar khas ini terutamanya kategori bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran ialah berteraskan aliran akademik kurikulum kebangsaan serta teknik dan vokasional.

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun. Manakala tempoh belajar bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas sekolah menengah adalah 5 tahun dan tempoh ini boleh dilanjutkan sehingga maksimum 2 tahun pada mana-mana peringkat, iaitu sama ada pada peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah, berdasarkan keperluan murid atau pelajar berkenaan.




0 comments:

Post a Comment