Pages

Ads 468x60px


Sunday 18 November 2012


PENTAKSIRAN
Pentaksiran di bilik darjah penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan secara formatif dan sumatif. Maklumat yang diperoleh akan membantu guru untuk menambah baik kaedah pengajaran dan hasil pentaksiran dibilik darjah juga dapat memberi maklum balas awal kepada guru untuk
merancang tindakan susulan dan penyediaan RPI bagi meningkatkan lagi penguasaan dan pemahaman murid. Antara kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan
termasuk:

i. Pemerhatian ; Kaedah ini sesuai untuk menilai individu
dari aspek kemahiran, sikap dan nilai murni. Pentaksiran
secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai
semak.

ii. Ujian/ Kuiz : Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas
pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan
dalam bentuk soalan objektif atau subjektif manakala kuiz
boleh dijalankan dalam bentuk lisan.

iii. Persembahan secara lisan : Persembahan secara lisan
adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur,
keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang konten yang
dipelajari.

iv. Senarai semak : Senarai semak merupakan laporan
individu tentang penguasaan pengetahuan, kemahiran
serta sikap dan nilai murni.

v. Folio : Folio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh folio adalah buku skrap
dan laporan.

vi. Esei : Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk
menyampaikan maklumat secara saintifik.

0 comments:

Post a Comment