Pages

Ads 468x60px


Saturday, 3 November 2012

Kurikulum Murid Bermasalah Pendengaran

Melalui program ini murid-murid berkeperluan khas kategori bermasalah pendengaran dilatih daripada segi perututran disamping subjek-subjek yang dipelajari murid-murid aliran perdana menggunakan komunikasi seluruh termasuk bahasa isyarat. Oleh kerana bahasa isyarat digunakan dalam proses p&p oleh yang demikian murid-murid ini akan diajar terlebih dahulu tentang penggunaan bahasa isyarat bagi memudahkan mengikuti pelajaran yang selanjutnya.

Kurikulum bermasalah pendengaran juga mengandungi penambahan komponen kemahiran awal pendengaran dan pertuturan ( Jabatan Pendidikan Khas 1997 ) :
1. Asas pengendalian peralatan audiologi
2. Kemahiran prapertuturan
3. Kemahiran mendiskriminasikan bunyi
4. Kemahiran menghasilkan suara
5. Kemahiran memori auditori
6. Kemahiran memori visual
7. Kemahiran menghasilkan perkataan awal

Kurikulum Murid Bermasalah Penglihatan

Kurikulum bagi murid-murid ini adalah sama seperti kurikulum murid-murid normal. Perbezaannya ialah dari segi penyampaian guru semasa proses p&p yang tidak serupa dengan murid-murid yang normal. Komponen asas kurikulum bagi murid-murid bermasalah penglihatan ialah:

1. Orientasi dan mobiliti
2. Kemahiran kehidupan harian
3. Latihan deria
4. Latihan rabun
5. Membaca dan menulis Braille
6. Literasi Komputer

Dasar Pendidikan Khas

Program ini dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut :

1. Akta Pendidikan Khas 1996, Bab 8

2. Akta Pendidikan ( Pindaan ) 2002.

3. Peraturan-peraturan Pendidikan ( Bahagian Pendidikan Khas ) 1997.

4. Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia ( Jawatankuasa Perancangan  Pendidikan , Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas).

5.Deklarasi antarabangsa :
   a. United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983)
   b. The World's Declaration on Education for All (1990)
   c. The United Nations Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for person with Disabilities  
       (1993)
   d. The Framework for Action on Special Needs Educations ( Salamance Statement (1994)
   e. Biwako Milennium Framework for Action Towards on Inclusive Barier-Free and Right-Based Society
       for Reasons with Disablities in Asia and the Pacific (2002)

                                                                                            sumber : Haniz Ibrahim (2006)




Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke Program Prasekolah Pendidikan Khas
- berumur 6 tahun
- disahkan berkeperluan khas oleh pegawai perubatan yang bertauliah
- berkemahiran mengurus diri tanpa bantuan 0rang lain

Syarat kemasukan ke Program Pendidikan Khas ( rendah )
- berumur 6 tahun ke atas hingga 14 tahun

- disahkan berkeperluan khas oleh pegawai perubatan yang bertauliah
- berkemahiran mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Syarat kemasukan ke Progra Pendidikan Khas ( menengah )
- berumur 13 tahun hingga 19 tahun

- disahkan berkeperluan khas oleh pegawai perubatan yang bertauliah
- berkemahiran mengurus diri tanpa bantuan orang lain



Pengenalan

Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala Program Pendidikah Khas Intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa, rendah dan menengah, teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berasingan dan separa inklusif.

Pendidikan inklusif adalah satu peluang pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang mempunyai pelbagai jenis kecacatan seperti bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran yang belajar di dalam bilik darjah biasa bersama-sama murid-murid sebaya dengan mereka.

Sistem persekolahan bagi pelajar-pelajar khas ini terutamanya kategori bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran ialah berteraskan aliran akademik kurikulum kebangsaan serta teknik dan vokasional.

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun. Manakala tempoh belajar bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas sekolah menengah adalah 5 tahun dan tempoh ini boleh dilanjutkan sehingga maksimum 2 tahun pada mana-mana peringkat, iaitu sama ada pada peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah, berdasarkan keperluan murid atau pelajar berkenaan.




Friday, 2 November 2012

Lawatan Ke KIDZANIA

 Hari : Selasa
Tarikh : 19/06/12
Penyertaan : 50 orang murid bersama guru dan pembantu pengurusan murid















Thursday, 1 November 2012

Program Terapi Renang



Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang.
Tambahan pula, pergerakan di dalam air lebih mudah dan bebas.
 Malah kebanyakkan aktiviti dan pergerakan yang tidak  dapat dilakukan di darat dapat dipratikkan di dalam air.


Terapi renang dilakukan pada setiap hari Khamis. Terapi ini dilakukan sebanyak dua kali dalam masa sebulan dan bertempat di Pusat Akuatik Darul Ehsan. Aktiviti ini dilakukan dalam masa dua jam. Satu jam pertama bersama dengan jurulatih bertauliah manakala jam berikutnya bersama dengan guru-guru.

Aktiviti terapi ini bermula dengan sesi memanaskan badan, bertujuan mengelakkan berlaku kecederaan semasa sesi terapi.




Seterusnya aktivti terapi ini bermula :

Sesi bersama dengan jurulatih




Sesi bersama dengan guru-guru