Pages

Ads 468x60px


Showing posts with label Kurikulum Pendidikan Khas. Show all posts
Showing posts with label Kurikulum Pendidikan Khas. Show all posts

Sunday, 18 November 2012


Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Kreatif ( MASALAH PEMBELAJARAN )

Komponen : Pendidikan Seni Visual

Komponen Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran,
berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan.

Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus, motor kasar, kemahiran menggambar, mencorak dan membentuk. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk melukis dan menggambar, membuat rekaan dan corak, mereka dan membuat binaan, kraf berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.

Komponen Pendidikan Seni Visual membolehkan murid :
i. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial
ii. mengembangkan bakat dan kreativiti
iii. menghayati keindahan alam dan warisan budaya
iv. menghasilkan karya seni yang kreatif
v. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya

Pelaksanaan Modul Pendidikan Seni Kreatif

Modul Pengajaran Pendidikan Seni Kreatif

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Seni Kreatif bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina perancangan pengajaran yang sesuai mengikut keperluan. Penglibatan murid secara aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif

Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk tujuan latihan, menguji kefahaman dan penguasaan murid tentang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikenal pasti.

Saturday, 3 November 2012

Kurikulum Murid Bermasalah Pembelajaran

Kurikulum murid ini adalah mengikut kemampuan murid tersebut dan bukan mengikut sukatan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid bermasalah pembelajaran.

Program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan ( Bahagian Pendidikan Khas ) 1997 yang menyatakan "guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas" ( Jabatan Pendidikan Khas, 1997)

Kurikulum ini menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat . Ini bermakna aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan murid yang berbeza berpandukan pada pemilihan pembelajaran melalui bidang-bidang berikut ( Kurikulum Pendidikan Khas, 2009 ):

1. Bidang pengurusan kehidupan                              2. Bidang akademik berfungsi
    a. Komponen pengurusan diri                                   a. Komponen Bahasa Melayu
    b. Komponen kemahiran manipulatif                         b. Komponen Matematik
    c. Komponen pengurusan tingkah laku                      c. Komponen Bahasa Inggeris
    d. Komponen kemahiran hidup                                 d. Komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi 

3. Bidang sosial, riadah dan kreativiti                       4. Bidang kerohanian dan nilai-nilai murni             
   a. Komponen Pendidikan Jasmani                            a. Komponen Pendidikan Agama Islam
   b. Komponen Pendidikan Seni                                 b. Komponen Pendidikan Moral
   c. Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan & Drama
   d. Komponen Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

Kurikulum Murid Bermasalah Pendengaran

Melalui program ini murid-murid berkeperluan khas kategori bermasalah pendengaran dilatih daripada segi perututran disamping subjek-subjek yang dipelajari murid-murid aliran perdana menggunakan komunikasi seluruh termasuk bahasa isyarat. Oleh kerana bahasa isyarat digunakan dalam proses p&p oleh yang demikian murid-murid ini akan diajar terlebih dahulu tentang penggunaan bahasa isyarat bagi memudahkan mengikuti pelajaran yang selanjutnya.

Kurikulum bermasalah pendengaran juga mengandungi penambahan komponen kemahiran awal pendengaran dan pertuturan ( Jabatan Pendidikan Khas 1997 ) :
1. Asas pengendalian peralatan audiologi
2. Kemahiran prapertuturan
3. Kemahiran mendiskriminasikan bunyi
4. Kemahiran menghasilkan suara
5. Kemahiran memori auditori
6. Kemahiran memori visual
7. Kemahiran menghasilkan perkataan awal

Kurikulum Murid Bermasalah Penglihatan

Kurikulum bagi murid-murid ini adalah sama seperti kurikulum murid-murid normal. Perbezaannya ialah dari segi penyampaian guru semasa proses p&p yang tidak serupa dengan murid-murid yang normal. Komponen asas kurikulum bagi murid-murid bermasalah penglihatan ialah:

1. Orientasi dan mobiliti
2. Kemahiran kehidupan harian
3. Latihan deria
4. Latihan rabun
5. Membaca dan menulis Braille
6. Literasi Komputer