Program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan ( Bahagian Pendidikan Khas ) 1997 yang menyatakan "guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas" ( Jabatan Pendidikan Khas, 1997)
Kurikulum ini menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat . Ini bermakna aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan murid yang berbeza berpandukan pada pemilihan pembelajaran melalui bidang-bidang berikut ( Kurikulum Pendidikan Khas, 2009 ):
1. Bidang pengurusan kehidupan 2. Bidang akademik berfungsi
a. Komponen pengurusan diri a. Komponen Bahasa Melayu
b. Komponen kemahiran manipulatif b. Komponen Matematik
c. Komponen pengurusan tingkah laku c. Komponen Bahasa Inggeris
d. Komponen kemahiran hidup d. Komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
3. Bidang sosial, riadah dan kreativiti 4. Bidang kerohanian dan nilai-nilai murni
a. Komponen Pendidikan Jasmani a. Komponen Pendidikan Agama Islam
b. Komponen Pendidikan Seni b. Komponen Pendidikan Moral
c. Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan & Drama
d. Komponen Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar
0 comments:
Post a Comment